Program Ziarah ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang dan turut terlibat bersama NGO Abrar Care Malaysia dan NGO Cakne Rakyat. Bentuk program yang dianjurkan adalah lebih kepada program kemasyarakatan seperti sukaneka, gotong royong, sumbangan dan lain-lain lagi yang berlaku selama dua hari di Kampung Orang Asli Hulu Preh, Karak. Terima kasih kepada pihak Jabatan Agama Islam Pahang yang melibatkan kami dalam program ini. Semoga program ini dapat diteruskan lagi bagi mendekati masyarakat orang asli dengan lebih dekat dan membantu mereka dari segi kebajikan dan urusan agama mereka di mana-mana kampung orang asli di Pahang.

WhatsApp chat