Tahun 2020 menjadi sejarah dunia apabila diserang dengan pandemik covid-19 mengundang seluruh manusia ke kancah kesengsaraan dan kesusahan.Tambahan lagi, masyarakat di Malaysia khususnya terpaksa berhadapan dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang memaksa mereka duduk di rumah. Ini menyebabkan mereka terputus sumber rezeki kerana tidak bekerja. Ada di antara mereka yang berniaga, tidak berpeluang lagi berniaga. Ada yang terpaksa diberhentikan kerja kerana ekonomi semakin merosot mengundang seluruh syarikat terpaksa meminimakan penggunaan pekerja.

Jadi, kami rasa terpanggil untuk mengerah tenaga dan wang ringgit membantu mereka yang terjejas dengan kesusahan ini. Tak lupa juga kami menyediakan bantuan kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus menjaga kawalan keselamatan dan menyelamatkan mereka yang terkena jangkitan covid ini. Antara kelengkapan disediakan ialah mask, hand sanitizer, barangan makanan, barang kelengkapan hospital dan lain-lain lagi diperlukan.

WhatsApp chat